
Tanaman Hidroponik
Tanaman Hidroponik semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Keadah penanaman yang tidak memerlukan tanah dan hanya memerlukan larutan zat makanan didalam takungan yang berisi air sahaja. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang baik dan cahaya matahari yang cukup. Takungan Hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serab panas dan tidak berkarat. Kebiasaanya takungan plastik yang sesuai digunakan ialah berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistiren yang berlubang serta bakul-bakul semaian. Penanaman secara Hidroponik adalah sangat mudah dilaksanakan dan murah. Sesiapa sahaja boleh mencuba kaedah ini dikawasan perumahan masing-masing kerana ia tidak memerlukan ruang yang luas untuk melaksanakan penanamam ini. Sayur-sayuran yang ditanam dengan cara ini sangat segar, bersih dan kurang penggunaaan racun. Bukan sahaja sayur-sayuran, bunga-bungaan juga boleh juga ditanam menggunakan kaedah ini dan hasilnya yang diperoleh pastinya sangat berkualiti.
