mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / USAHAWAN Q1 2017 (JANUARI-MARCH) : USAHAWAN 2

USAHAWAN ROJAK PASEMBOR 

Nama : Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim
Umur : 33 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim adalah usahawan kecil menjual rojak pasembor di Pusat Internet Tasek Permai Batu Gajah, Perak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kisah kejayaan Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai pada kali ini adalah mengenai usahawan separuh masa bagi menjual “Rojak Pasembor”. Puan Rohazreen menjual secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah disekitar kasawan perumahan beliau di Bemban Batu Gajah Perak. Puan Rohazreen mula berniaga kecil-kecilan dari bulan 7/2016 sehingga kini. Perniagaan kecil-kecilan ini telah mendapat ilham pada ibunya dan mula memasarkan pada tahun 2016 demi minatnya untuk berniaga secara kecil-kecilan. Sebelum penggunaan ICT, Keuntungan yang diperolehi kurang daripada RM1500.00 sebulan (30 Hari bekerja)

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Dengan cara pendedahan penggunaan ICT yang telah beliau pelajari melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, kini telah memasarkan produk makanan yang dihasilkan dilaman sosial nya seperti facebook atau instagram dan telah mendapat pendapatan tetap bulanan sebanyak RM3750.00 dan keatas (30 Hari bekerja) & kini telah mempunyai kedai kecil di sebuah restoran makanan di Pekan Batu Gajah Perak. Apa yang Puan Rohazreen pelajari melalui PIM ialah Pasaran lebih meluas di media sosial Facebook, Instagram & WhatsApp. Mempelajari cara untuk membuat jualan dan mengambil tempahan dari Facebook, Instagram & WhatsApp. Mempelari cara untuk membuat Ms Office & Ms Powerpoint untuk membuat pengiraan stok produk, pengiraan untung rugi dan juga cara untuk membuat broucher & iklan bergambar.Pendapatan hasil daripada menjual makanan Rojak Pasembor agak meningkat dari semasa kesemasa. Sehingga kini beliau masih lagi meneruskan pembelajaran di Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai untuk membuat iklan & video mempromosikan produknya.Kesimpulannya, Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai  harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti sekitar kerana banyak program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti di sekitar Batu Gajah dan lain-lain.